+ 552
Permohonan Izin Lalu
+ 137
Permohonan Permit Kerja
2508593 m
Jarak Permohonan
1736578 m
Jarak Pengukuran
Agensi Penyelaras Utiliti Negeri Terengganu
Koridor Utiliti Teknologi Terengganu akan berperanan menjadi agensi berpusat dengan memproses semua permohonan permit untuk kerja-kerja pengorekan dan pemasangan utiliti serta bertindak sebagai wakil kepada pihak berkuasa melulus untuk melaporkan sebarang kerja-kerja pengorekan tanpa permit kepada pihak berkuasa tempatan.
Perkhidmatan KUTT
Perkhidmatan Pengurusan Koridor
Mengurus, merancang dan memastikan laluan koridor utiliti infrastruktur negeri diurus secara bersepadu, sistematik dan terkawal.
Memantau dan mengawal selia semua kerja-kerja pemasangan utiliti dan kerja-kerja baikpulih bagi memastikan semua kerj-kerja yang dijalankan adalah menepati dan mematuhi Garis panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Terengganu serta rekabentuk yand telah diluluskan
Mengurus dan menyelia permohonan permit untuk penyediaan, pengalihan dan penyelenggaraan utiliti dilaksanakan secara teratur dan efisien.
Memantau pelaksanaan berdasarkan kepada cadangan pembinaan, keselamatan dan kesihatan pengguna jalanraya, masyarakat dan alam sekitar.
Perkhidmatan Penyediaan Pelan dan Prosedur
Menyediakan cadangan dasar untuk penyediaan Garis Panduan (GP) pelaksanaan dan perancangan infrastruktur utiliti Negeri.
Menggunakan spesifikasi standard untuk penyimpanan data dan pemetaan utiliti di dalam bentuk sistem maklumat geografi (GIS).
Menguatkuasakan tatacara dan kaedah pelaksanaan penyedia utiliti di lapangan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan cadangan oleh pihak pemohon.
Menyediakan pelan pemetaan utiliti, pelan pengurusan traffik dan pelan terbina (as-built) infrastruktur utiliti bagi pembangunan kawasan baharu dan sedia ada.
Perkhidmatan Maklumat dan Teknologi
Membangunkan dan menyelenggara platfom untuk pengurusan permit melalui sistem aplikasi atas talian.
Menyediakan platform bagi permohonan dan kelulusan permit korek gali dengan mewujudkan sebuah sistem yang berinteraksi antara pemohon dan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu.
Membangunkan Pengkalan Data Geospatial Pembangunan, Infrastruktur dan Utiliti Negeri Terengganu untuk digunakan oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembangunan dan perancangan utiliti negeri.